Berikutan daripada permohonan Papa Gomo yang mahu melangsaikan saman secara ansuran bulanan, Anwar bertindak mengecamnya.
Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo, memohon untuk membayar wang saman tersebut secara bulanan iaitu RM100 sebulan. Beliau mendakwa beliau kini adalah seorang nelayan dan tidak mempunyai wang.
Pada 28 Februari lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah
Yop memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak
RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan
fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks dalam blog
miliknya.
Rosilah dalam penghakimannya berkata, daripada keterangan yang
dikemukakan, terbukti Wan Muhammad Azri adalah blogger Papa Gomo dan
menerbitkan kenyataan fitnah.
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun
lalu dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan
Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog
berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.
Anwar bagaimanapun enggan mengulas lanjut tetapi meminta UMNO sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sponsored Links
Saturday, June 21, 2014
Anwar Mahu Papa Gomo Langsaikan Saman
22:35
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment