Pertama sekali ucapan tahniah ke atas Operasi PATI yang berjaya menemukan berita menyayat hati ini semalam.
Penemuan Muhammad Firdaus Dullah, 15, remaja OKU dalam kedaan kurus kering seperti mayat hidup yang dibiarkan terkurung di dalam rumah yang dipenuhi sampah dan najis pasti mengundang seribu perasaan.
Memetik daripada laporan media massa hari ini, ibu remaja OKU berkenaan telah pun direman untuk siasatan lanjut. Wanita tersebut di tahan di kediamannya di Flat Semarak Nilai setelah pulang dari kerja.
Penemuan tergempar hari ini pula ialah pendedahan akaun facebook milik wanita berkenaan. Dengan menggunakan id ''Imashima Lola', akaunnya mula dikongsi secara meluas sejak petang tadi.
Kebanyakkan komen yang diterima ialah mengecam tindakan wanita berkenaan yang sanggup membiarkan anaknya yang berstatus OKU terkurung bersama najis dan sampah.
Apa komen ibunya?
“Namun, saya sudah buat keputusan untuk menyerahkan dia kepada jagaan
JKM. Tindakan ini bukan kerana saya tidak sayangkan anak tetapi
menganggap itu adalah pilihan terbaik untuk masa depannya.
“Saya bukan saja tidak mampu dari segi kewangan, malah dari segi
masa kerana bekerja mengikut giliran yang tidak menentu,” katanya yang
berasal dari Tawau, Sabah.
Jika anda rajin 'browse' akaun berkenaan, anda akan mendapati beberapa gambar Muhammad Firdaus yang masih sihat dan berisi. Gambar tersebut juga sedang dikongsikan oleh pengguna facebook dengan komen simpati.
Untuk rekod, kali terakhir wanita berkenaan mengemaskini statusnya adalah pada 19 Jun yang lalu.
Sponsored Links
Sunday, June 22, 2014
Apa komen Ibu Muhammad Firdaus setelah 'dibogelkan' di dalam FB?
21:28
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment