Saturday, June 21, 2014

Isu remaja OKU dikurung, kurus kering - Ibu nafi anak terbiar

Memang menyedihkan. Ibu mana yang sanggup membiarkan anak yang kelainan upaya sedemikian. Namun berita yang paling hangat hari ini (20 Jun 2014) adalah penemuan seorang remaja OKU di dalam sebuah operasi PATI di Nilai, Negeri Sembilan.

Sumber : Berita Harian
Memetik laporan sumber, hasil siasatan awal, mendapati remaja berkenaan berumur 15 tahun yang di temui dalam keadaan kurus kering di Flat Semarak Nilai, adalah disebabkab kekurangan zat makanan.

Ibu remaja lelaki jenis 'celebral palsy' ini, berasal dari Sabah dan telah berpisah dengan suaminya.

Remaja berkenaan di dalam jagaan ibunya, bagaimanapun menafikan anaknya itu terkurung dan terbiar. Siasatan terperinci sedang dijalankan.

Apa yang menggemparkan negara adalah, remaja berkenaan bukanlah berstatus pendatang seperti yang mula-mula dilaporkan. Beliau adalah warganegara Malaysia yang bernasib malang dan tidak mendapat perhatian dan bantuan daripada pihak berwajib.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu memandang serius hal ini. Memang benar pelbagai bantuan disediakan untuk golongan kelainan upaya ini. Namun bantuan tersebut tentunya tidak akar sampai ke akar umbi jika melalui sumber yang betul.


0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top