Seorang peniaga Char Kueh tiau goreng bertindak menetak
isteri dan pembantu gerainya dengan sebilah parang selepas menjumpai
mereka berdua-duaan tanpa pakaian di dalam rumah sewanya.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi Rabu di sebuah rumah yang disewa suspek di Kampung Langgar dekat sini.
Suspek dan keluarganya berpindah ke rumah tersebut kira-kira seminggu yang lalu.
Suspek melanjutkan tempoh perniagaannya sehingga 3 pagi atau 4 pagi sejak bermulanya kejohanan Piala Dunia.
Namun, dia dipercayai balik ke rumah lebih awal untuk menonton
perlawanan diantara Brazil dan Mexico yang bermula pada pukul 3 pagi.
Gambar Hiasan |
Suspek berusia 28 tahun itu menyerah diri di balai polis berdekatan selepas menetak kedua-dua mangsa.
Isteri suspek berusia 32 tahun mengalami kecederaan parah di paha
kiri manakala tangan kiri pembantu gerai berusia 19 tahun itu hampir
putus.
Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Jun ini untuk membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan-Mymetro
0 comments:
Post a Comment