GUA MUSANG – Rosalinda, penyanyi dikir barat wanita tersohor di
Kelantan dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah
Gua Musang, di sini, semalam, selepas mengaku salah memakai pakaian
menjolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam, Mei
lalu.
|
Google Image:Hiasan |
Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau
nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, yang berasal dari
Kemaman, Terengganu.
Beliau tidak membenarkan tertuduh membuat persembahan dengan berpakaian tidak sopan, bertentangan dengan hukum syarak.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Ramlee Abd
Rahman. Rosalinda membayar denda tersebut dan berjanji tidak mengulangi
kesalahan tersebut.
|
Rosalinda Dikir |
Kepada yang tidak mengenali siapa tu Rosalinda, jom layan video dikir beliau kat bawah.
0 comments:
Post a Comment