Sponsored Links

Saturday, June 28, 2014

Penjelasan Status anak Sham Kamikaze

11:30

Semalam, Mahkamah Rendah Syariah telah Gombak Barat memutuskan yang perkahwinan Sham Kamikaze (Shamril Mohd Salleh, 38) dan isterinya,  Nurul Halimin  pada 16 Januari 2012 adalah tidak sah.

Ia adalah berikutan status Wali hakim yang digunakan ketika pernikahan tidak mendapat pengesahan atau pun tidak dilantik dengan kebenaran mahkamah.


Hakim juga turut memerintahkan perkahwinan mereka dibubarkan secara faraq nikah iaitu pembubaran nikah tanpa jatuh talaq. (dibuat sekiranya pasangan tersebut ragu-ragu tentang status perkahwinan mereka)

Bagaimanapun, Hakim memutuskan yang anak mereka iaitu Aisy Danial, adalah anak sah taraf, dan Sham Kamikaze boleh dinasabkan sebagai bapa kandung.

"Saya mula ragu apabila ingin mendaftarkan nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara Januari lalu dan diberitahu wali hakin yang digunakan tidak diiktiraf."

"Saya dengan segera merujuk kes saya ini ke Mahkamah dan apa yang saya lakukan ini adalah untuk melindungi keluarga saya."

"Kami akan bernikah semula dalam masa terdekat dengan saluran yang betul."

Untuk rekod, Sham sebelum ini pernah berkahwin dengan Farazila Abdul Jabar pada 17 Ogos 2008 di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor sebelum disahkan bercerai oleh mahkamah pada 1 September 2011.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top