Sponsored Links

Saturday, June 28, 2014

Felixia peluk Islam pada 5 Ramadhan

09:38

Alhamdulillah...tiada apa lagi yang dapat kami ucapkan. Doa peminat-peminat Felixia Yap akhirnya termakbul. Diberitakan Felixia Yap telah mengumumkan tarikh untuk beliau memeluk islam iaitu pada 5 Ramadhan.

Kenapa 5 Ramadhan? Ini adalah penjelasan daripada beliau.

"SAYA akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis)," kata model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, ketika menjadi panel  jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam malam ini.

Felixia berkata, tarikh 5 Ramadan dipilih kerana ianya jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.

"...5 Ramadan iaitu jatuh pada  3 Julai ini iaitu pada hari 'birthday' saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad," katanya.

Ketika berbicara mengenai puasa, Felixia berpesan supaya umat Islam Malaysia tidak meninggalkan puasa.

Sementara bercakap mengenai ciri-ciri suami idamannya, Felixia berharap lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.

"Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah," katanya.

Nampak gayanya Felixia sudah lama merancang untuk beragama Islam. Beliau akhirnya sudah bersedia untuk Islam sepenuhnya. Kita doakan yang terbaik untuk beliau. Apa agaknya nama Islamnya nanti?

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top