Sponsored Links

Friday, June 27, 2014

Pemimpin Pas Antara Pejuang Jihad di Syria di pecat

03:17

Ahli Dewan Ulama dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Lotfi Ariffin telah dikenalpasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang pergi ke Syria dan menyertai gerakan jihad di sana.

Lotfi (kiri) dan Ali Ukays (kanan) : Ehsan MStar
Siasatan The Star mendapati, Lotfi secara terbuka memuat naik gambar dan video klip tentang dirinya di media sosial dan penglibatan beliau itu turut didedahkan oleh penyokongnya.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dengan kumpulan jihad ialah pemain drum kumpulan pop yang popular pada era 90-an, Ali Ukays. 

Beliau dikatakan berjaya mempengaruhi Lotfi untuk menyertai kumpulan berkenaan dan telah pergi ke Syria, di mana kedua-duanya dilihat memegang senjata dan memakai pakaian seragam sebagai pejuang jihad.-sumber

Namun, menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, PAS telah memecat keanggotaan Lotfi berikutan pengibatanya dengan kumpulan militan.

"Kami menjalankan siasatan kami sendiri dan memutuskan untuk menamatkan keahlian Lotfi.

"Ini menjadi peringatan dan amaran kepada semua ahli kami untuk tidak mengaitkan diri mereka dengan mana-mana kumpulan militan, kerana kita tidak menyokong keganasan," katanya.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top