Sponsored Links

Tuesday, December 03, 2013

Selepas 20 tahun, Highland Tower akan dijual

12:19

Selepas 20 tahun, Highland Tower akan dijual


Tanah Highland Towers meliputi lot banglo dan unit kediaman akan dijual selepas 20 tahun tragedi runtuhan mengejutkan negara pada 11 Disember 1993.

Ambank (M) Bhd akan menguruskan tender untuk penjualan tanah tersebut dan alasan penjualan tidak dinyatakan.

Pihak yang berminat untuk membida tanah tersebut perlu membeli memorandum maklumat daripada bank sebanyak RM200 satu salinan dan perlu dilakukan sebelum 17 Disember ini.

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.

Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini.

Pelbagai pihak melakukan kajian terhadap tanah runtuh khususnya di Bukit Antarabangsa yang melibatkan Highland Towers.

Antaranya ialah Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Malah, saman juga dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong.

SUMBER
#pastelmaya

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top