Sponsored Links

Thursday, April 17, 2014

[Gambar] Karpal Singh Maut dalam Kemalangan

04:58

Google Image
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi tadi (17 April).

Turut terkorban dalam kemalangan ini ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez. Difahamkan bahawa anaknya, Ram, yang juga berada di dalam kereta tersebut dan mengalami kecederaan yang teruk.

Sumber:Utusan

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. 

Sumber:PerakToday

Sumber:PerakToday
 Takziah kami ucapkan kepada keluarga mendiang.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top