Sponsored Links

Wednesday, April 16, 2014

Tindakan gila buka pintu pesawat pada ketinggian 30,000 kaki

17:19

TINDAKAN seorang lelaki cuba membuka pintu pesawat milik Southwest Airlines ketika penerbangan berada di ketinggian 30,000 kaki menimbulkan suasana panik dikalangan penumpang dan anak kapal di Amerika Syarikat.

Ketika kejadian, pesawat tersebut dalam penerbangan dari Chicago ke California.

Cubaan lelaki itu yang mampu membunuh kesemua penumpang  dan anak kapal bagaimanapun berjaya disekat selepas dia direbahkan oleh tiga penumpang lelaki yang memeluknya.

Seorang wanita yang merakam detik kejadian, Monique Lawler berkata, penumpang di dalam pesawat mula menjerit dan keadaan menjadi panik apabila lelaki itu cuba membuka pintu pesawat.

"Lelaki itu dilihat keluar dari tandas dalam keadaan basah lencun dan terus ke pintu untuk membukanya, tetapi tiga penumpang lelaki berjaya merebahkannya dan memeluk suspek sehingga pesawat mendarat.

"Akibat insiden tersebut, juruterbang terpaksa membuat pendaratan cemas di Omaha, Nebraska," katanya.
Lelaki itu diserahkan kepada pihak berkuasa di Omaha sebelum penerbangan ke destinasi yang dituju diteruskan selepas itu.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top