Untuk makluman, Johan baru sahaja selesai dibedah lutut kirinya akibat ligamen koyak. Perkara itu diumumkan sendiri oleh Johan melalui laman sosial Instagram.
Difahamkan, Johan kini bercuti selama sebulan untuk berehat sepenuhnya sehingga sembuh.
Gambar kaki berbalut itu
dikongsi bersama pengikutnya dan memohon peminatnya medoakan
kesihatannya supaya dia kembali ke udara di JoHaRa Pagi Era dalam masa
terdekat.
Sebelum ini, Johan pernah menjalani pembedahan yang sama ketika tempoh berlangsungnya Maharaja Lawak Mega.
“Buat masa sekarang bagi saya berehat dulu sebab anak-anak saya akan ambil tugas untuk hiburkan saya,” tulisnya.
“Alhamdulillah semua telah dipermudahkanNya. Saya telah pun selamat menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL).
“Doakan saya moga cepat sihat supaya dpat beraksi di radio era untuk menghiburkan pagi anda,” katanya.
Semoga cepat sembuh Johan. Kasi heboh balik Johara Pagi Era!!!
sumber
0 comments:
Post a Comment