CDM 25 atau pemilik kenderaan tersebut sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Sudah hampir seminggu Kiki femes gara-gara video tindakannya memarahi uncle sim tersebar di media sosial.
Untuk rekod, Era Fm menjemput Kiki untuk menjadi tetamu pagi tadi. Tidak lain tidak bukan untuk memberi peluang Kiki memohon maaf secara terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia dan Uncle Sim dan famili khususnya.
PCM Tawar Bantuan
Berita terkini yang kami terima pula, Kelab Kereta Peugeot Malaysia atau ' Peugeot Club Malaysia (PCM)' menawar bantuan untuk membiayai kos baik pulih kerosakan kedua-dua kereta berkenaan.
“Uncle, kami ingin
membantu membaik pulih kereta anda di bengkel yang disyorkan di seluruh
Malaysia dan membayar untuk membaiki kereta anda,” tulis PCM menerusi
Facebook.
Malah kelab itu juga akan membantu membayar kos yang melibatkan kereta Kiki Kamarudin.
“Kita di Peugeot Club
Malaysia tidak membiarkan apa-apa keganasan fizikal kepada manusia atau
kenderaan dalam mana-mana keadaan,” katanya.
Untung la badan...Sebelum ni Digi pun ade offer.
0 comments:
Post a Comment