Sponsored Links

Thursday, July 17, 2014

[Breaking News] Peugeot Club Malaysia akan repair CDM 25

13:19

Peugeot Club Malaysia akan repair CDM 25 dan kereta Uncle Sim



CDM 25 atau pemilik kenderaan tersebut sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Sudah hampir seminggu Kiki femes gara-gara video tindakannya memarahi uncle sim tersebar di media sosial.

Untuk rekod, Era Fm menjemput Kiki untuk menjadi tetamu pagi tadi. Tidak lain tidak bukan untuk memberi peluang Kiki memohon maaf secara terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia dan Uncle Sim dan famili khususnya.

PCM Tawar Bantuan
Berita terkini yang kami terima pula, Kelab Kereta Peugeot Malaysia atau ' Peugeot Club Malaysia (PCM)' menawar bantuan untuk  membiayai kos baik pulih kerosakan kedua-dua kereta berkenaan.

“Uncle, kami ingin membantu membaik pulih kereta anda di bengkel yang disyorkan di seluruh Malaysia dan membayar untuk membaiki kereta anda,” tulis PCM menerusi Facebook.

Malah kelab itu juga akan membantu membayar kos yang melibatkan kereta Kiki Kamarudin.

“Kita di Peugeot Club Malaysia tidak membiarkan apa-apa keganasan fizikal kepada manusia atau kenderaan dalam mana-mana keadaan,” katanya.

Untung la badan...Sebelum ni Digi pun ade offer.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top