Sponsored Links

Showing posts with label MB Selangor. Show all posts
Showing posts with label MB Selangor. Show all posts

Saturday, August 16, 2014

Kemungkinan bubar Adun Selangor-Khalid Ibrahim

Krisis Menteri Besar di Selangor semakin hebat diperkatakan. Terbaru, Khalid Ibrahim di dalam kenyataannya tidak menolak kemungkinan akan bubar Adun Selangor sebagai jalan penyelesaian untuk krisi MB di Selangor itu.

Google Image:Khalid Ibrahim
Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.   

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri, Sabtu malam.   

Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.

Pada Khamis, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.   

Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Untuk rekod, kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1).

Thursday, August 07, 2014

[Video] Forum Krisis MB Selangor Kecoh

Forum Krisis MB Selangor kecoh apabila salah seorang ahli panelnya iaitu Hishamudin Rais mengatakan Faekah anak dara tua kurang seks.

Krisis MB di Selangor kini menjadi krisis penyokong-penyokong pembangkang. Forum yang sepatutnya membincangkan isu berkenaan MB Selangor menjadi medan pertikaman lidah antara penyokong yang hadir dengan ahli panel.

Rata-rata para penyokong yang hadir mengharapkan sebuah forum yang dapat membincangkan krisis MB di Selangor ini secara intelektual, namun lain yang mereka dapat.

Hishamudin Rais, aktivis pembangkang yang tidak asing lagi menimbulkan kemarahan para hadirin yang hadir apabila menghina kaum wanita.

Anda lihat dan nilailah sendiri video tersebut.



'5 Dalil" Tan Sri Abdul Khalid Perlu Melepaskan Jawatan MB

PKR masih meneruskan usahanya dalam mendesak Tan Sri Abdul Khalid bagi melepaskan jawatan sebagai MB Selangor.

Terbaru, PKR telah mengeluarkan '5 Dalil' mengapa Abdul Khalid perlu digugurkan. Namun yang menjadi tanda tanya sekarang, mengapakan Menteri Besar yang dicanang sebagai penyelemat negeri Selangor itu didesak untuk dilepaskan jawatan?

Google Image
Laporan setebal 91 muka surat khusus bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan pimpinan tertinggi PAS berhubung kedudukan Abdul Khalid itu turut mengandungi lampiran yang menyokong dakwaan salah guna kuasa terhadapnya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, menerusi bukti dan fakta yang disediakan Ibu Pejabat PKR itu, Abdul Khalid dikatakan gagal menjawab beberapa 'keraguan munasabah' yang timbul dalam pentadbirannya.

Pendedahan utama berhubung dakwaan salah guna kuasa Abdul Khalid ialah membabitkan pelupusan hutang peribadinya sebanyak RM70 juta dengan Bank Islam yang dibuat secara mengejut.

Selain itu, sebab kedua yang mempetikaikan integriti Abdul Khalid ialah membabitkan urusniaga kerajaan Selangor dan Ecoworld Berhad iaitu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Rashid Manaf sebagai pengerusi dan pemegang saham utama.

Keraguan yang dibangkitkan PKR dalam urusniaga berkenaan ialah penyelesaian di luar mahkamah di antara Bank Islam dan Abdul Khalid sebelum itu dirundingkan oleh Rashid yang juga seorang peguam sebagai orang tengah.

"Tan Sri Rashid Manaf adalah seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno. Beliau adalah bekas peguam Tun Daim Zainuddin.

"Dalam bulan Mac 2014 iaitu sebulan selepas Bank Islam bersetuju menggugurkan tuntutan baki hutang di mahkamah, Ecoworld Berhad memeterai perjanjian-perjanjian melibatkan projek dan hartanah kerajaan Selangor bernilai ratusan juta ringgit," demikian menurut laporan itu.

Faktor lain bagi menyokong tindakan PKR menggugurkan Abdul Khalid ialah berkaitan penstrukturan semula industri air di Selangor serta sokongannya terhadap pembinaan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) di sekitar Petaling Jaya.


"Sokongan terbuka Tan Sri Khalid yang enggan memberi ruang kepada pendapat yang menentang Kidex juga bertentangan dengan arahan khusus mengenai pendekatan PKR mengurangkan bebanan rakyat dengan menentang kenaikan tol.

"Walaupun diberikan arahan berkali-kali dan dinasihati oleh pimpinan parti supaya memberi ruang kepada pandangan yang membantah Kidex, Tan Sri Khalid terus tidak menghiraukan arahan dan nasihat ini melalui pertembungan terbuka dengan kumpulan penduduk yang menentang Kidex," kata laporan itu lagi.


Alasan terakhir PKR untuk memecat Abdul Khalid ialah berhubung dakwaan prestasi merosot pentadbiran Abdul Khalid terutamanya berhubung kegagalannya menyelesaikan masalah infrastruktur asas seperti penyelenggaraan jalan raya dan isu pungutan sampah.

Kecenderungan Abdul Khalid untuk tidak membelanjakan geran Persekutuan bagi menyelesaikan masalah jalan berlubang di Selangor hingga membebankan rakyat dikhuatiri memberi kesan buruk kepada prestasi PR.

"Peratusan geran yang dibelanjakan adalah rendah iaitu hanya 69.3 peratus dibelanjakan dalam tahun 2010, 59.3 peratus dibelanjakan dalam tahun 2011 dan menurun kepada 42.7 peratus dibelanjakan dalam tahun 2012.

"Di antara tahun 2010 hingga 2012, hanya RM640.24 juta dibelanjakan seperti yang sepatutnya untuk membaiki jalan sedangkan baki RM499.76 juta disimpan sebagai wang terkumpul.

"Pimpinan PKR menyatakan secara tegas bahawa adalah tidak adil menyimpan wang ini dengan harapan menunjukkan prestasi pengurusan kewangan yang baik melalui simpanan rizab RM3 bilion sedang sebahagian dari dana ini sepatutnya dihabiskan setiap tahun untuk membaiki jalan di seluruh Selangor," katanya.

Sponsored Links

Artikel Lain

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top