Pelakon yang terkenal dengan watak-watak sedih dalam drama itu sendiri mengesahkan bahawa dirinya akan kembali mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Johor, berusia tujuh tahun lagi muda darinya.
Wan Maimunah bakal bernikah pada 13 Disember ini di sebuah hotel di Johor Bahru, selepas Maghrib.
“Kami mula berkenalan kira-kira dua bulan lalu sebelum bersetuju untuk berkahwin tidak berapa lama selepas perkenalan itu. Saya tidak pernah menjangka akan kembali bergelar isteri apatah lagi pada usia seperti ini, namun kita tidak dapat melawan ketentuan takdir ALLAH,” katanya dipetik dari sebuah portal.
Tahniah dari kami.
#pastelmaya
Sponsored Links
Tuesday, December 10, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment