Sponsored Links

Thursday, January 30, 2014

Gadis terjun dari tingkat 2

09:18

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, gadis berusia 20-an itu dikatakan telah terjun dari tingkat dua flat berkenaan, namun dia bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan di bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Menurut sumber, sebelum kejadian itu, beberapa penghuni di flat berkenaan dikejutkan dengan bunyi bising suara orang menjerit-jerit seperti dirasuk dari arah rumah yang disewa gadis tersebut.




“Mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku, beberapa jiran yang terdengar suara itu terus memaklumkan kejadian kepada rakan serumah gadis itu yang secara kebetulan baru tiba.

“Pada awalnya rakan serumahnya menafikan bunyi bising tersebut dari arah rumahnya kerana tiada penghuni di rumah itu, memandangkan gadis itu sebelum ini jarang pulang,” katanya.

Bagaimanapun, selepas terdengar sendiri suara orang menjerit-jerit dan ternampak ada barang dibaling ke bawah, rakan serumahnya itu terus naik untuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati pintu rumah berkunci.




“Rakan gadis itu terus menggunakan kunci yang ada untuk membuka pintu rumah dan sebaik masuk ke dalam, dia dapati gadis tersebut sedang berada di beranda rumah sambil memegang dua bilah pisau.

“Dia cuba menenangkan rakannya itu tetapi gadis itu tidak menunjukkan sebarang respons dan bimbang kejadian buruk berlaku, dia segera keluar sambil menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan, bagaimanapun gadis itu terlebih dahulu terjun,” katanya.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top