Sponsored Links

Wednesday, February 19, 2014

[InfoGrafik] Empangan Kritikal di Malaysia

12:59

SUMBER
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca panas dan kering yang sedang melanda Malaysia kini akan berlarutan sehingga minggu depan.

Untuk rekod, suhu juga diramal akan mencecah dari 24 hingga 34 darjah selsius bagi tempat - tempat yang tidak dilanda hujan.

Takungan air di beberapa empangan utama seluruh negara dilaporkan semakin menyusut malah terdapat empangan yang menghampiri paras minimum setakat jam 5 petang semalam. Paras air Empangan Padang Saga, Kedah paling merosot dengan bacaan 19.06 meter (m) pada jam 5 petang semalam, berbaki 0.56m sebelum mencecah paras minimum 18.5m.

Empangan Ahning, Kedah, turut mencatatkan bacaan 104.57m, berbaki 2.67m sebelum menghampiri paras minimum 101.9m.

Paras air normal empangan yang diselenggara Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) itu ialah 105.7m dan membekalkan air ke tiga kawasan iaitu utara Kedah, selatan Perlis dan Pulau Langkawi.

Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan beberapa empangan lain seperti Empangan Bukit Kwong, Kelantan; Empangan Tasik Subang, Empangan Langat, Empangan Batu dan Empangan Genting Klang di Selangor serta Empangan Sembrong dan Empangan Bekok di Johor, merekodkan paras air sederhana.

Cuaca kering, panas terutama di utara Semenanjung diramal berterusan sehingga pertengahan Mac berikutan Monsun Timur Laut.

Bagaimanapun menerusi laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa negeri seluruh negara diramalkan hujan di satu dua tempat sepanjang minggu ini kecuali di Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang diramalkan terus mengalami cuaca panas.

SUMBER

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top