Sebuah restoran di Padang Temu, Melaka di sini sedia menawarkan nasi beriani, nasi putih, dalca dan acar secara percuma setiap hari kepada pelanggan.
Malah 'Restoran Nasi Beriani Haji Tamby' turut memberikan air sirap bandung percuma pada setiap Jumaat.
Pengusahanya, Muhammad Nazli Zainul Abidin, 35, berkata pelanggan yang menjamu selera di restoran berkenaan hanya perlu membayar untuk lauk pauk dengan harga berpatutan.
Katanya, kari kambing dijual pada harga RM6; kari itik RM7, dan ayam goreng RM4, berbeza dengan kebanyakan restoran yang menjual set nasi beriani pada harga antara RM10 hingga RM15.
"Tidak dinafikan berniaga ini kita nak cari rezeki dan keuntungan tetapi bagi saya ia juga salah satu cara untuk menggembirakan orang ramai...mudah-mudahan Allah akan menggembirakan kita pula,"
Nasi beriyani kosong + kuah + air sirap bandung pun kenyang ape???
0 comments:
Post a Comment