Sponsored Links

Wednesday, February 05, 2014

Penghidap Termuda Kanser Payudara

22:04

Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) mengesan seorang kanak-kanak berusia enam tahun menghidap kanser payudara ketika ia menjalani rawatan di hospital itu pada Oktober tahun lalu.
 
Ketua Jabatan dan Perunding Pembedahan Payudara dan Endoktrin HRPZII, Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, kanak-kanak itu yang berasal dari Pantai Cahaya Bulan di sini dikesan mempunyai satu biji sebesar dua sentimeter di bahagian dada.
 
Kanak-kanak tersebut sedang menjalani pembedahan untuk membuang biji tersebut dan perlu menjalani rawatan berkala pada setiap bulan.
 
Menurut beliau lagi, "Kita percaya ia boleh diubati memandangkan (ia dikesan di) peringkat awal iaitu tahap pertama dan kemungkinan faktor genetik."
 
Untuk rekod, kanser payudara yang merupakan pembunuh nombor satu bagi wanita di Malaysia, namun di Kelantan, berdasarkan jantina lelaki dan perempuan, kanser payudara menjadi penyebab kedua kematian selepas kanser usus.
 
"Kanser payudara juga turut dihidapi pesakit lelaki, namun mereka lebih menderita akibat penyakit kanser usus dan prostat," katanya.
 

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top