Sponsored Links

Monday, March 03, 2014

Bayi 2 Bulan Koma Selepas di dera

09:49


Bayi lelaki berusia dua bulan 16  hari koma selepas mengalami pendarahan dalam otak yang serius, dipercayai akibat didera pengasuhnya seminggu lalu.

Mangsa kini kritikal dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kira-kira jam 11 malam, 25 Februari lalu.

Menurut sumber, bayi berkenaan dibawa oleh pasangan berusia 20-an selepas tidak sedarkan diri,  tidak lama selepas diambil dari rumah pengasuhnya.

Katanya, hasil imbasan tomogafi berkomputer (CT Scan) mendapati terdapat pendarahan dalam otak bayi tersebut dan mangsa juga mengalami sawan yang teruk.

“Doktor pakar neurologi kanak-kanak yang menjalankan pemeriksaan mengesan pendarahan dalam otak bayi berkenaan dan kemudian membuat laporan polis.

“Berdasarkan maklumat daripada doktor berkenaan, mangsa mengalami ‘baby shaking syndrom’ akibat goncangan kuat hingga menyebabkan pendarahan di bahagian selaput otak di antara otak kiri dan kanan,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, pembedahan bagi menyelamatkan nyawa mangsa selamat dijalankan namun bayi malang terbabit masih kritikal.

“Bagaimanapun, pemeriksaan doktor tidak menemui sebarang kecederaan fizikal lain pada bayi berkenaan,” katanya.
Sumber itu berkata, hasil keterangan daripada ibu bapa mangsa, bayi terbabit dihantar ke rumah pengasuh berusia lingkungan 50-an terbabit sejak 5 Februari lalu.

“Difahamkan pengasuh terbabit menjaga 10 kanak-kanak termasuk mangsa. Kes berkenaan kini disiasat polis mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.-SINAR

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top