Sponsored Links

Monday, March 10, 2014

Kenapa Malaysia tidak menghantar submarine dalam Operasi mencari MH370?

09:33

Pemangku Menteri Pengangkutan Dato' Seri Hishamuddin semalam dalam twitternya menjawab beberapa pertanyaan tentang submarine 'Scorpene' yang tidak digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat #MH370.

Tweet Dato' Seri Hishamuddin
Menurut Menteri berkenaan, Submarine yang dimilik kerajaan Malaysia tidak sesuai digunakan kerana tidak dilengkapi untuk tujuan operasi mencari dan menyelamat.

Menerima pakai segala kemungkinan tentang nasib MH370, kini khidmat submarine atau kapal selam digunakan untuk mencari sekiranya pesawat MH370 jatuh ke dasar laut China Selatan.

Submarine Rescue Vehicle dari Singapura
Kesempatan ini admin mohon untuk semua rakyat Malaysia atau pun 'keyboard warriors' alam maya untuk tidak mempolitik isu ini. Apa yang seharusnya kita lakukan sekarang adalah memohon dan berdoa supaya Allah melancarkan operasi ini agar penumpang MH370 di dalam keadaan selamat.

#Pray4MH370


Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top