Sponsored Links

Monday, March 31, 2014

MH370:Misi Pencarian Kotak Hitam semakin Suntuk

11:57

Google Image
Menurut Wiki, Kotak hitam atau black box adalah sekumpulan perangkat yang digunakan dalam bidang transportasi - umumnya merujuk kepada perekam data penerbangan (flight data recorder; FDR) dan perekam suara kokpit (cockpit voice recorder; CVR) dalam pesawat terbang.

Fungsi dari kotak hitam sendiri adalah untuk merekam pembicaraan antara pilot dan pemandu lalu lintas udara atau air traffic control (ATC) serta untuk mengetahui tekanan udara dan kondisi cuaca selama penerbangan. Walaupun dinamakan kotak hitam tetapi sesungguhnya kotak tersebut tidak berwarna hitam melainkan berwarna jingga (oranye). Hal ini dimaksudkan untuk memudahkan pencarian jika pesawat itu mengalami kecelakaan.

Penempatan kotak hitam ini dilakukan sedemikian rupa sehingga mudah ditemukan. Umumnya terdapat dua unit kotak hitam yang diletakkan pada bagian depan pesawat dan bagian ekor pesawat, yang diyakini merupakan bagian yang utuh ditemukan.
Google Image
Dengan tempoh hayat kotak hitam MH370 dijangka hanya tinggal tujuh hari sahaja lagi, operasi mengesan kotak hitam pesawat Boeing 777-200ER Penerbangan Malaysia (MAS) adalah keutamaan misi mencari dan menyelamat (SAR) ketika ini.

Kapal ADV Ocean Shield Tentera Laut Diraja Australia (belakang) manakala Towed Pinger Locator 25 (TPL-25) dan kenderaan penyelam berautonomi Bluefin-21 (depan) di pangkalan Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Stirling, Ahad.

Kapal ADV Ocean Shield milik Tentera Laut Diraja Australia (RAN) pada Ahad sedang dipasang dengan peranti pengesan kotak hitam milik tentera laut Amerika Syarikat yang telah tiba di  Perth.

Ocean Shield akan berlepas dari pangkalan Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Stirling pada Isnin bersama 11 orang krew dan akan mengambil masa tiga hari untuk tiba di kawasan pencarian.

Set peranti pengesan kotak hitam yang dipasang padanya terdiri daripada satu Towed Pinger Locator 25 (TPL-25) dan satu kenderaan penyelam berautonomi Bluefin-21.

Bagaimana TPL-25 dan Bluefin-21 mengesan Kotak Hitam
Proses mengesan kotak hitam MH370 di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi memang dijangkakan mencabar.

Selain faktor masa berikutan bateri penyiar kotak hitam pesawat itu yang akan mati, kawasan pencarian pula terlalu luas dan amat dalam.

Jadual perjalanan Ocean Sheild pula sekaligus menjadikan masa sebagai musuh paling utama dalam misi kapal terbabit kerana itu bermakna jangka hayat kotak hitam yang mahu dijejak hanya tinggal empat hari apabila ia tiba ke perairan di kawasan pencarian.

Dalam pada itu MAS akan menubuhkan sebuah Pusat Bantuan Keluarga di Perth, Australia, bagi membantu keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya, berkata pusat bantuan itu akan menjadi lokasi semua aktiviti yang dirancang bagi keluarga terbabit termasuk taklimat, sembahyang dan khidmat keagamaan.

“MAS akan mengatur urusan untuk membawa anggota keluarga penumpang pesawat MH370 ke Perth, sebaik sahaja pihak berkuasa mengesahkan bahawa serpihan fizikal yang ditemui itu adalah MH370,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumppur, Ahad.

Beliau berkata, urusan itu akan dibuat segera apabila agensi kerajaan yang berkaitan memberi kebenaran kepada MAS untuk membawa anggota keluarga ke lokasi serpihan kapal terbang itu akan disimpan.-sumber



Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top