Google Image |
Google Image |
Google Image |
Dengan 435 pesawat di seluruh dunia dikendalikan oleh 21 kerajaan dan agensi-agensi di 17 negara , P- 3 adalah aset yang mesti dimiliki oleh semua negara hari ini . Berkali-kali , P -3 telah membuktikan bahawa ia amat baik digunakan untuk rondaan maritim dan sebagai aset sokongan.
Sesuai sebagai pelbagai misi maritim dan pesawat yang mempunyai ketahanan paling lama di dunia , P- 3 dapat melakukan rondaan udara , permukaan dan sub-permukaan dan peninjauan untuk satu tempoh yang lama dan jauh dari kemudahan sokongandan bantuan.
Untuk rekod, P -3 menyediakan sokongan untuk Operasi Bantuan Bersepadu di Asia Tenggara, Taufan Katrina, Operasi Atalanta di Teluk Aden , dan BP Horizon,bencana pelantar minyak di Amerika Syarikat.
Untuk insiden kehilangan pesawat MH370, semua negara yang membantu dalam misi ini telah mengerahkan P-3 Orion masing-masing membantu dalam operasi tersebut. Ini ditambah dengan aset seperti P8-Poseidon milik Tentera Laut Amerika Syarikat,Ilyushin IL- 76 dari China dan pesawat-pesawat awam seperti Airbus dan Bombaider.
Namun kecanggihan teknologi pesawat atau industri ketenteraan ini masih belum memberikan sebarang jawapan kepada kehilangan pesawat MH370
0 comments:
Post a Comment