"Sepanjang tujuh hari lepas kami telah menjejaki setiap penunjuk dan meneliti setiap kemungkinan. Kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat, kami harap maklumat baharu ini akan membawa kita lebih hampir kepada penemuan pesawat itu," katanya dalam taklimat media di Sepang.
Google Image |
Najib juga mengarahkan pihak berkuasa Malaysia supaya berkongsi semua maklumat yang berkaitan secara bebas dan telus dengan pasukan penyiasatan yang lebih besar, negara-negara jiran dan rakan antarabangsa yang menyertai operasi bersama itu.
Setakat hari ini 14 negara, 43 buah kapal dan 58 pesawat terlibat dalam pencarian itu.
Beliau berkata walaupun begitu hangat spekulasi yang disebarkan, pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab terhadap penyiasatan yang dilakukan dan keluarga terlibat, untuk hanya mengeluarkan maklumat yang telah dipersetujui dan disahkan bersama.
"Dorongan utama kami sudah semestinya untuk menemui pesawat yang dicari. Sepanjang tujuh hari lepas, kami telah menjejaki setiap penunjuk dan meneliti setiap kemungkinan," katanya.
Beliau menambah kata Malaysia Airlines telah memberitahu kaum keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu tentang perkembangan baharu ini pagi tadi.
"Kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat, kami berharap maklumat baharu ini akan membawa kita lebih hampir kepada penemuan pesawat itu. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan keperitan yang mereka lalui kini. Ingatan dan doa kita bersama mereka," katanya.
0 comments:
Post a Comment