Gambar Hiasan |
Sepasang kekasih ditangkap basah di sebuah hotel di ujung pasir, Melaka semalam selepas mereka selesai berjogging di Ayer Keroh.
Pasangan tersebut ditangkap jam 9.00 pagi mendakwa mereka mahu membersihkan diri di hotel berkenaan.
Maklumat awal yang diterima oleh pengadu memberitahu melihat pasangan disyaki pelajar sekolah yang kedua-duanya memakai seluar trek masuk ke hotel berkenaan pada awal pagi.
Anggota JAIM bergegas ke tempat kejadian dan membuat pemeriksaan dan menemui pasangan tersebut berkurung di dalam bilik. Hasil siasatan, bilik berkenaan disewa lelaki terbabit sejak semalam dan membawa teman wanitanya untuk membersihkan diri selepas berjongging sebelum mendaftar keluar.
0 comments:
Post a Comment