BESUT: Penduduk di Kampung Limbongan dan sekitarnya gempar apabila menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menceroboh masjid kampung itu dan merosakkan beratus-ratus naskhah Al-Quran dan kitab hari ini.
Dalam kejadian yang disedari kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Al-Quran, kitab dan buku yasin milik masjid itu didapati dibuang merata tempat termasuk di dalam dan luar kawasan masjid berkenaan, setelah dikoyak-koyakkan.
Yang menyedihkan terdapat beberapa naskhah Al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas tetapi segera diselamatkan, menurut anggota Skim Ronda Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga Limbongan yang menyedari kejadian itu ketika membuat rondaan di masjid berkenaan pada 2.30 pagi.
Mereka mendapati naskhah Al-Quran, kitab-kitab dan yasin berselerak di dalam dan persekitaran majid berkenaan.
Mereka kemudian membuat laporan polis.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria ketika ditemui mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian itu.
Beliau meminta orang ramai bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi.
Perkara itu sedang disiasat termasuk dengan bantuan anggota forensik yang didatangkan dari Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu, katanya.- ASTROAWANI
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/gempar-naskhah-al-quran-masjid-limbongan-dibuang-merata-tempat-31227?cp
0 comments:
Post a Comment