Sponsored Links

Wednesday, March 05, 2014

Scarlett Hamil | Watak Black Widow:Age of Ultron dimansuhkan?

16:04


Scarlett Johansson in The Avengers
Aktress cantik dan bintang filem The Avengers itu kini sedang hamil 6 minggu.

Sehingga kini belum ada pun pengakuan daripada tuan punya badan yang baru sahaja mengumumkan pertunanganya bersama Romain Dauriac.

Namun apa yang sedang hangat diperkatakan di media Eropah adalah, apa akan jadi pada watak Black Widow di dalam The Avenger:Age of Ultron? Sudah tentu outfit seksi yang dipakai oleh black widow akan menampakkan susuk tubuh yang berisi dan 'baby bump'.

Terdapat beberapa sumber yang mengatakan watak Marvel akan 'spin off' watak Black Widow disebabkan oleh perkara ini. Namun sebagai peminat Scarlett dan black widow sudah tentu ramai peminatnya tidak akan setuju kerana Black Widow merupakan antara watak utama untuk filem tersebut.


Namun begitu, kami begitu pasti yang isu hamil tersebut tidak akan menjejaskan watak Black Widow di dalam The Avenger:Age of Ultron. Ini kerana Scarlett Johansson merupakan aktress yang berprofile tinggi serta peranan yang ditunjukkan di dalam filem tersebut amat besar. Sudah tentu dengan aplikasi kesan khas yang canggih di Hollywood mampu untuk menghilangkan kesan 'baby bump' pada Scarlet.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top