Google Image |
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 10 malam Khamis menunjukkan Perlabuhan Kelang merekodkan bacaan 325 iaitu kategori merbahaya.
Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Mahmud Karim berkata arahan telah dikeluarkan oleh pihaknya kepada pejabat pendidikan daerah Klang berdasarkan pemantauan paras jerebu di negeri itu.
beliau berkata tempoh penutupan sekolah tersebut akan bergantung kepada tahap bacaan IPU di kawasan itu dan pembukaan semula sekolah di daerah itu akan diumumkan kelak.
Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjangkakan cuaca di seluruh negara menjadi lebih lembap mulai akhir bulan ini atau awal bulan depan berikutan bermulanya Monsun Peralihan.
Sehingga 6 petang tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dicatatkan di Pelabuhan Klang pada bacaan 241, manakala 13 stesen lain menunjukkan bacaan tidak sihat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.
Selain itu, usaha pembenihan awan sejak awal Februari lepas akan diteruskan oleh MetMalaysia bergantung kepada kesesuaian keadaan atmosfera.
Jabatan Bomba dan Penyelamat juga menerima lebih 500 panggilan sehari mengenai kebakaran hutan dan pembakaran terbuka, yang aktiviti pemadamannya dilaksanakan dengan kerjasama Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
MKN turut menyatakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga meningkatkan pelaksanaan prosedur tetap operasi iaitu Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut bagi mencegah dan mengawal punca kemerosotan kualiti udara.
Perintah larangan pembakaran terbuka juga diaktifkan di Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain itu, MKN menyatakan sebagai persediaan menghadapi peningkatan penyakit berkaitan pernafasan, Kementerian Kesihatan menyediakan bekalan ubat-ubatan, peralatan, dan aset yang mencukupi di hospital dan klinik kerajaan terutamanya di kawasan yang mengalami penurunan kualiti udara.-astroawani
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/cuaca-lebih-lembap-dijangka-mulai-akhir-mac-ini-mkn-31806?cp
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/cuaca-lebih-lembap-dijangka-mulai-akhir-mac-ini-mkn-31806?cp
0 comments:
Post a Comment