Sponsored Links

Monday, April 21, 2014

Arnab terbesar di dunia!!!

16:33

 Arnab terbesar di dunia!!!

Google Image
Arnab terbesar di dunia ini wujud dan hampir sebesar kanak-kanak yang berusia 6 tahun!!!

Arnab tersebut wujud di Worcester, England dan Guinness World Records menilai arnab tersebut sebagai yang terbesar pernah ditemui setakat ini.

Arnab yang dinamakan sebagai Darius itu mempunyai ketinggian 1.3 meter dan seberat 22.2 kilogram (kg).
Pemiliknya Annette Edwards, 62, berkata, Darius yang merupakan arnab biasa telah diberikan 12 batang lobak merah sehari atau 4,000 batang setahun.


Jelasnya, selain itu, Darius juga diberikan sayur-sayuran, buah epal dan dua mangkuk besar susu arnab setiap hari. Kesemua kos makanan arnab itu bernilai £2,400 (RM13,00) setahun.

"Saya juga agak sukar untuk mempercayai bahawa Darius kini seberat  22 kg dan setinggi seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.

"Kerana dimanjakan dengan makanan, arnab itu juga kini menjadi tamak dan mahukan makanan yang lebih banyak," katanya.

Annette juga memaklumkan beliau tidak pernah memarahi binatang kesayanganya itu walaupun Darius sering mencuri makanan.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top