Menurut Metro, Nur Sri Rahayu Marimon, 24, yang ditinggalkan oleh suami bersama dua
anak lelakinya di rumah ibu mentua di Morang, Nepal, menaiki bas sejauh
lebih 500 kilometer untuk ke Kedutaan Malaysia di Kathmandu.
Mereka bertolak jam 12.30 tengah hari (2.45 petang tempatan) dan
sampai di Kedutaan Malaysia kira-kira jam 2 petang esoknya (4.15 petang
waktu Malaysia).
Pemangku Duta Besar ke Nepal Fadli Adilah berkata, Ayu dan anaknya kini di bawah jagaan Kedutaan Malaysia di Kathmandu.
Menurutnya, pihak kedutaan juga sudah menguruskan penyediaan
kediaman sementara dan hal logistik lain yang berkaitan untuk tiga
beranak itu.
“Kami juga cuba menyelesaikan bayaran denda tinggal lebih tempoh/tanpa visa di Nepal bagi mereka sekeluarga.
“Seterusnya, kedutaan perlu menguruskan pula proses penyediaan
dokumen perjalanan dan tiket penerbangan mereka untuk pulang ke Kuala
Lumpur dengan bantuan dan ihsan Penerbangan Malaysia di Kathmandu,”
katanya dalam kenyataan yang di e-mel kepada Harian Metro, semalam.
Fadli berkata, pihaknya juga sudah memohon mendapatkan pengurangan bayaran denda daripada pihak Imigresen Nepal.
“Mengikut perkiraan, denda dikenakan bagi tempoh Oktober 2009
sehingga Mei 2014 adalah AS$8,350 (RM27,205) sebagai denda wajib dan
AS$500 (RM1,629) iaitu penalti imigresen.
Sponsored Links
Wednesday, April 30, 2014
Ayu ditinggalkan Suami di Nepal
06:01
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment