Google Image |
Perkara itu dipersetujui Malaysia dan Republik China menerusi kedutaannya di Kuala Lumpur.
Menurut Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel dalam satu kenyataan, kedua pihak bersetuju agar pasangan panda berkenaan tiba pada tarikh yang lebih signifikan untuk merayakan sambutan ulangtahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China pada Mei depan.
Pasangan panda, Feng Yi dan Fu Wa sepatutnya berlepas dari Pusat Pemuliharaan Sichuan pada 15 April dan tiba di Kuala Lumpur pada keesokan harinya.
Bagaimanapun China dilaporkan menangguhkan pemindahan dua panda tersebut bagi menghormati pencarian global pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Pinjaman pasangan panda selama 10 tahun itu dilakukan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wen Jiabao, ketika lawatannya ke Nanning, April lalu.
Ia direalisasikan menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan Malaysia dengan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) pada Jun 2012.
Feng Yi dan Fu Wa dijangka ditempatkan di dalam kawasan eksibit khas dengan suhu di bawah 24 darjah celcius dan bakal menjadi tumpuan utama pengunjung di Zoo Negara.
Kompleks berkeluasan 1.6 hektar itu dianggar menelan kos RM25 juta.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tarikh-ketibaan-panda-ke-malaysia-ditunda-33679?cp
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tarikh-ketibaan-panda-ke-malaysia-ditunda-33679?cp
0 comments:
Post a Comment