Sponsored Links

Saturday, April 26, 2014

[Gempar] Rampasan Pesawat di Bali pula

06:24

Maklumat rampasan 'hijacked' pesawat Boeing 737-800 diterima oleh ATC Ngurah Rai apabila seorang penumpang mabuk mencerobohi kokpit dalam penerbangan dari Brisbane ke Bali semalam.

Penumpang itu kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.

Virgin Australia dalam satu kenyataan awal melalui Twitter menafikan laporan bahawa pesawat tersebut dirampas sebaliknya mengatakan pesawat berkenaan mendarat dengan selamat.

Google Image
Laporan awal sebelum itu menyebut pesawat berkenaan dirampas. Maklumat itu datang daripada  juruterbang pesawat berkenaan yang menghubungi pusat pengawal udara di Lapangan Terbang Ngurah Rai dan memaklumkan pesawat berkenaan dirampas.

"Maklumat terakhir, false alarm, penumpang mabuk cuba masuk kokpit. Tetapi kami sedang memeriksa (maklumat itu) lagi," kata jurucakap berkenaan seperti dipetik oleh portal berita, detik.com.

Pesawat Boeing 737-800 itu mendarat di Bali pada pukul 2.45 petang.

Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Indonesia, Herry Bhakti S. Gumay sebelum itu memberitahu media maklumat rampasan berkenaan termasuk kata-kata "hijacked" diterima oleh pusat pengawal udara di Ngurah Rai pada pukul 2.05 petang.

Lima penerbangan yang sepatutnya mendarat di Bali dialihkan ke Lapangan Terbang Juanda di Surabaya.

Sementara itu, penumpang serta orang ramai yang berada di lapangan terbang tersebut turut berkongsi gambar pesawat yang dilaporkan dirampas itu.

 Palani Mohan,  seorang penumpang penerbangan Garuda yang bakal berlepas dari Bali memberitahu:

“Kapten penerbangan saya membuat pengumuman bahawa penerbangan kami terpaksa ditangguhkan kerana terdapat kes rampasan pesawat di lapangan terbang Bali, kira-kira 150 meter dari lokasi kami.

“Saya melihat sekurang-kurangnya lima buah kenderaan termasuk trak tentera yang dipenuhi mereka yang berpakaian seragam menuju ke arah pesawat itu.

“Kemudian pesawat terbabit diiringi keluar diikuti oleh sekumpulan pasukan keselamatan. Menurut pembantu penerbangan, pesawat tersebut dibawa ke satu lokasi lain di lapangan terbang itu.

“Lapangan terbang Bali terpaksa ditutup dan kami diberitahu tiada pesawat yang tiba atau berlepas dari situ. Juruterbang juga tidak membenarkan sesiapa keluar daripada pesawat.”

Berita 'hijacked' tersebut adalah kedua yang tergempar selepas pesawat MH370 yang dikaitkan dengan isu ini masih belum ditemui.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top