Google Image |
Cadangan itu adalah inisiatif jangka panjang yang membabitkan perbincangan meliputi pelbagai aspek serta kajian mendalam yang perlu dijalankan oleh kedua-dua negara.
Katanya pembinaan jambatan persahabatan itu mampu mempertingkat rangkaian jalan, memperbaiki persekitaran selain mewujudkan hubungan lebih kukuh antara Singapura dan Malaysia.
Sementara itu Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata antara faktor yang perlu dikaji adalah kapasiti trafik dan tempoh masa pemprosesan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).
Jelasnya, tumpuan yang perlu difokuskan adalah untuk memperbaiki aliran trafik di CIQ kerana aliran trafik mulai sesak seawal pagi.
Justeru pembinaan jambatan itu akan menjadi rangkaian perhubungan baru untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Seberang Tambak dan melancarkan perjalanan antara kedua-dua negara-Astro Awani
0 comments:
Post a Comment