BERPANTANG maut sebelum ajal', itulah yang dilalui
seorang pemandu lori di China selepas badannya tertusuk kayu pine
sepanjang 6 meter dalam satu kemalangan.
Dalam kejadian di Bandar Kaifeng, kayu pine itu tertusuk menembusi
dada Li Feng, 40, selepas kenderaan berat yang dipandunya merempuh lori
membawa ratusan batang pokok pine yang baru ditebang.
Feng dianggap bertuah dan berjaya diselamatkan selepas doktor mengesan tusukan itu tidak mengenai organ dalaman mangsa.
Tusukan di kiri dada lelaki itu hanya berjarak beberapa inci dari jantung mangsa yang boleh menyebabkannya maut serta-merta.
Usaha pihak keselamatan untuk menyelamat mangsa juga sukar pada
awalnya kerana kayu itu turut menembusi kerusi pemandu kenderaan berat
tersebut.
Bagaimanapun hasil usaha doktor pakar dalam pembedahan selama empat
jam, Feng berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang jurucakap polis, Li Wu berkata, kemalangan yang dihadapi Feng
adalah insiden ngeri kerana mangsa masih hidup walaupun kayu berkenaan
menembusi bandannya.
"Polis dan bomba pada awalanya menganggap Feng telah mati tetapi mangsa masih memberikan respon yang baik.
"Oleh sebab itu, kami telah melakukan yang terbaik bagi membawanya ke hospital untuk diselamatkan," katanya.MSTAR
Sponsored Links
Tuesday, April 15, 2014
Lelaki selamat walaupun dada ditusuk pokok
11:15
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment