Sponsored Links

Thursday, April 10, 2014

MH370:Isyarat Sah dari Kotak Hitam

10:25

Menurut Kosmo, Pakar-pakar di Australia dan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat detik yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Kosmo Online
Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata, pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat 33.31 kilohertz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat MAS penerbangan MH370.

"Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada pukul 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS MH370 di sini semalam.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top