Sponsored Links

Monday, April 28, 2014

Penyokong Ikhwan Muslim Di Hukum Mati

22:01

Menurut Harian Metro, mahkamah Mesir hari ini, menjatuhkan hukuman mati ke atas 683 penyokong Ikhwan Muslimin.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Said Youssef Sabry selepas dua sesi perbicaraan yang mana sebahagian daripadanya diboikot pihak peguambela.

Google Image
Mahkamah sama turut meringankan hukuman mati ke atas 492 daripada 529 orang pada Mac lalu, dengan kebanyakan mereka dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Keputusan mahkamah terhadap penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi pada bulan lalu itu mencetuskan kecaman antarabangsa.

Mengikut undang-undang Mesir, kes hukuman mati akan dirujuk kepada ulama terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat. Mahkamah boleh memilih untuk menjatuhkan hukuman itu tetapi ia masih boleh dicabar di peringkat Mahkamah Rayuan.

Daripada 683 yang dihukum mati hari ini, sebanyak 50 orang sahaja berada dalam tahanan. Hakim akan mengesahkan hukuman itu pada 21 Jun ini. Tertuduh lain yang belum ditahan berhak meminta dibicarakan semula jika mereka menyerah diri.

Ini adalah kami pertama hukuman mati disabitkan ke atas Mohamed Badie, ketua ulama Ikhwan.

Beberapa wanita ahli keluarga tertuduh yang menunggu di luar mahkamah pengsan sebaik mendengar keputusan mahkamah itu.

“Di mana keadilan?”seru yang lain.

Penyokong pertubuhan tersebut dijatuhi hukuman tersebut kerana terbabit dalam pembunuhan dan cubaan membunuh anggota polis pada 14 Ogos lalu pada hari polis membunuh ratusan penyokong Morsi.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top