Sponsored Links

Thursday, April 24, 2014

'Puasa Batin' Selama 10 tahun

10:12

'Puasa Batin' selama 10 tahun. Itu yang dilakukan oleh seorang lelaki di Harere selepas menghalau isterinya kerana gagal melayan nafsunya sejak 2003. Godfret Ruwande, memohon mahkahmah membenarkan isterinya, Abigail Chingwa keluar dari rumah mereka.

Google Image


Ketika memberi keterangan di mahkamah semalam, Ruwande berkata, kali terakhir mereka mengadakan hubungan asmara adalah lebih 10 tahun silam.

Memberi keterangan di depan majistret Gamuchirai Siwardi, Ruwande berkata, Abigail menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerjanya dan mula hilang nafsu untuk bersama di ranjang.

“Jika saya bertanya mengenai hubungan mereka, Abigail akan bertindak ganas dan memukul saya,” katanya.

Ruwande berkata, pada satu ketika - disebabkan terlampau tidak tahan - dia cuba memujuk Abigail dengan membelai tangannya.

“Dia bukan saja menolak, malah memukul dan menghalau saya keluar dari bilik tidur kami,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Abigail didakwa mengugut untuk membunuh Ruwande.

Sejak ditimpa nasib malang itu, Ruwande berkata, sofa menjadi tempat tidur hariannya.

Sesekali kata Ruwande, dia melihat Abigail saling berbalas mesej cinta dan romantik dengan lelaki terbabit.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Abigail sekeras-kerasnya.

“Saya tidak pernah memukul Ruwande dan mesej yang didakwa itu sebenarnya salah faham.

“Telefon saya dipinjam kakak dan dia menghubungi suaminya melalui mesej,” katanya.

Sementara itu, Gamuchirai menolak permohonan Ruwande itu.

“Jika benar kamu dipukul, kejadian hanya berlaku sekali dan sepatutnya kamu membuat laporan polis.

“Isteri kamu tidak boleh dihalau dari rumah itu kerana ia rumah kelamin,” katanya.-Metro

Ada orang tu,'satu malam tak dapat pun mengigil'....ini kan pula 10 tahun.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top