Google Image |
Kejadian berlaku di Kampung Bukit Tembakau, Umbai, di sini kira-kira 6.30 petang Jumaat lalu, apabila warga emas berusia 72 tahun itu dipukul oleh anak lelaki berusia 34 tahun dipercayai di bawah pengaruh gam.
Disebabkan faktor usia, warga emas dikenali sebagai Sarip (bukan nama sebenar) tiada kudrat untuk melawan dan membiarkan saja dirinya cedera dibelasah.
Menurut Sarip, kejadian berpunca selepas dia marah dan melempang anak lelaki itu masuk ke rumah dengan memakai kasut.
“Saya menegur kelakuannya, tapi dia tidak mengendahkan menyebabkan saya bertindak menamparnya. Sekali lagi saya tampar apabila mulutnya membebel mengatakan sesuatu yang tiada asas dan saya sendiri tidak faham,” katanya.
Menurutnya, anak lelakinya itu kemudian keluar dan pergi ke hadapan rumah yang dijadikan ruang tidur dan dipisahkan dengan pintu gril.
“Tiba-tiba anak saya menendang gril menyebabkan sebahagian besi tercabut sebelum saya kemudian membuka pintu besi itu dan mengejarnya yang berlari ke bahagian anjung. Dalam masa sama, saya mencapai kayu cangkul tapi tersepit di pintu kayu. Kesempatan itu digunakan dia merampas kayu dari tangan saya lalu memukul saya sebaik sahaja saya melepasi pintu tersebut,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Sarip berkata, dia yang cedera di belakang kepala dipukul empat kali dan rebah ke tanah turut nyaris terhantuk pada pasu.
Menurutnya, anaknya berhenti memukul selepas isterinya yang berusia 67 tahun menegur selepas melihat kejadian itu.
“Isteri saya kemudian memanggil saudara-mara di sebelah rumah bagi mendapatkan bantuan kerana saya tidak mampu berdiri, malah kepala berdarah," katanya.
Menurutnya, ketika itu kepalanya berdenyut, mata berpinar selain rasa pening menyebabkan dia dibawa ke sebuah klinik di Telok Mas oleh anak perempuan dan menantunya.
0 comments:
Post a Comment