Sponsored Links

Thursday, May 01, 2014

'Tak tahu Isteri dah Meninggal Seminggu'

09:32

Berikutan daripada insiden kemalangan Adun Paloh baru-baru ini, Datuk Norzula hanya tahu yang isterinya sudah tiada hanya selepas seminggu.
 
“Selepas seminggu dirawat di hospital, baru saya dimaklumkan isteri sudah tiada. Walaupun terkejut menerima berita itu, tetapi saya bersabar menerima takdir Tuhan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Datuk Nozula Mat Diah ketika ditemui di rumahnya, di Bandar Chiku, di sini, semalam.

Google Image
Nozula dibenarkan keluar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ahad lalu, selepas keadaannya makin pulih akibat cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 24 Jalan Cameron Highland–Simpang Pulai, Ipoh pada 17 April lalu.

Beliau berkata dia kini lebih banyak berehat di rumah dan hanya meluangkan masa menziarahi pusara isteri, Datin Maziah Din yang meninggal dunia dalam kemalangan itu.

“Kesunyian saya diubati dengan menziarah pusara isteri setiap pagi dan masih terkenang sejarah hidup bersamanya.

“Kini saya lebih banyak berehat di rumah dan lebih kerap meluangkan masa menziarahi pusara isteri dengan bertahlil kerana arwahlah kerjaya politik saya berjaya sampai ke hari ini,” katanya.

Dalam kemalangan jam 6.30 petang itu, kereta dinaiki Nozula sekeluarga yang dipandu anak perempuannya, Norfatin Nabila, 22, terbabas sebelum merempuh bukit.

Kejadian menyebabkan dia bersama anak lelakinya, Mohd Fitri, 19, parah dan isterinya meninggal dunia.
Norfatin bersama dua lagi dalam kenderaan itu iaitu adiknya, Nadirah, 9, dan anak saudaranya, Raja Haris Raja Khairul, setahun enam bulan, terselamat.

Selain itu, Nozula yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Gua Musang sejak sedar pada hari keempat di hospital dia sering bertanyakan keadaan isteri kepada keluarganya, namun mereka tidak memberitahunya mengenai perkara sebenar.

Beliau bersyukur telah dibenarkan pulang dan dapat menziarahi pusara arwah isterinya walaupun masih belum pulih daripada kecederaan.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top