Sponsored Links

Wednesday, May 14, 2014

[Breaking News] Anwar Ibrahim Kemalangan

05:56

Menurut Astro Awani, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas pada jam 10 malam tadi.

Menurut Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan, Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu.

Anwar berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga berada dalam keadaan selamat.

Anwar dan Dr Wan Azizah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan.

Selamat berehat. 





Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top