Sponsored Links

Monday, May 12, 2014

[GEMPAR] Golok Meletup lagi

12:08

Selatan Thailand bergolak lagi. Terbaru, awal malam tadi, selatan Thailand sekali lagi digemparkan dengan siri pengeboman. Menurut BERNAMA, seorang rakyat Thailand maut, manakalan sembilan yang lain cedera. Menurut polis pula, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat sehingga kini.

Katanya, semua pintu sempadan di utara Semenanjung dan Kelantan telah ditutup dan pengawasan rapi sedang dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Kawalan di pintu sempadan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran serangan itu. Pihak berkuasa juga bertindak menyekat sebarang pergerakan keluar masuk di Pengkalan Kubor yang bersempadan dengan Takbai, Narathiwat,”katanya. 

Sumber Harian Metro
Sumber itu berkata, pihak keselamatan Malaysia mendapat maklumat bahawa perintah berkurung telah dikuatkuasakan di beberapa tempat di pekan Golok.

Menurut BERNAMA yang memetik sumber tempatan, kejadian bermula pada 7.30 malam waktu tempatan apabila empat bom meletup di Sungai Golok.

Sementara itu, tiga letupan bom dilaporkan berlaku di Sungai Padi selain sebuah sekolah dan bengkel membaiki motosikal dibakar.

Tiga lagi letupan menggegarkan Pekan Takbai mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa orang lagi cedera.

Di Wilayah Yala, lima bom diletupkan dengan menyasarkan tiang elektrik menyebabkan bekalan elektrik ke beberapa kawasan terputus, sementara tiga letupan bom dilaporkan berlaku di daerah Yaha dan dua lagi di daerah Than To.

Selain itu, kejadian tembak menembak serta membakar tayar dilaporkan berlaku di daerah Benang Setar dan Krong Pinang.-Metro

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top