Sponsored Links

Friday, May 02, 2014

MH370:Hanya Manggis

22:29

Misteri tentang kandungan sebenar kargo MH370 selesai selepas Kementrian Pengangkutan mendedahkan senarai kargo pesawat berkenaan adalah 4.5 tan manggis segar dan 2.4 tan bateri litium untuk dihantar ke Beijing China.

Manggis berkenaan dihantar dari Batu 6/4 Kesang, Muar, Johor dan disytiharkan sebagai manggis segar untuk dihantar ke sebuah syarikat di Beijing.

Selain Manggis, kargo lain adalah 2.4 tan bateri litium yang dihantar dari sebuah syarikat logistik di Batu Maung Pulau Pinang ke syarikat logistik di Kawasan Perindustrian Tianzhu, China.

Sebelum ini Ketua Pengarah DCA beberapa kali menyatakan bahawa litium-ion dibawa sebagai kargo MH370 pada 8 Mac lalu mematuhi keperluan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengankutan Udara Antarabangsa (IATA).

Kargo pesawat berkenaan menjadi pertikaian sebelum ini kerana pelbagai pihak menyatakan ia adalah punca kehilangan misteri pesawat berkenaan.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top