Sponsored Links

Sunday, May 18, 2014

Miri akan jadi ibu negeri Sarawak

22:06

Menurut Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Miri mungkin akan menjadi ibu negeri Sarawak yang baru.

Bandaraya Miri
Berdasarkan pembangunan pesat di bandaraya Miri sejak tahun 2005, Miri mungkin boleh menggantikan Bandaraya Kuching sebagai ibu negeri dan bukanlah suatu perkara yang mengejutkan kerana Miri boleh mengatasi populariti bandaraya Kuching pada masa akan datang.

"Bandar raya Miri begitu pantas mengejar kemajuan bandar raya Kuching dan bandar Sibu," katanya pada majlis pecah tanah projek Miri Central Park di sini hari ini.

Miri dinaikkan taraf bandar raya pada 20 Mei 2005 dan sejarah yang dicipta  menjadi bandar raya bukan ibu negeri yang pertama di negara ini untuk diberi status tersebut.

Mengenai projek taman itu, Adenan menyambut baik inisiatif kerajaan negeri dan swasta yang akan mengubah bandar raya Miri menjadi lebih bertenaga daripada sebelumnya.

Digelar sebagai pembangunan pinggir laut autentik yang pertama di negeri ini, Miri Central Park diliputi 6.28 hektar tanah dan dijangka siap pada awal 2016.

Taman ini yang dilaksanakan secara bersama antara Pantai Bayu Indah, ahli Kumpulan Samling dan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (Pelita), yang dimiliki badan berkanun negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Samling Datuk Seri Yaw Chee Ming yang turut berucap pada majlis itu berkata konsep Miri Central Park itu merupakan sebuah taman bandar yang akan menjadi venue untuk budaya, perayaan dan hiburan sepanjang tahun.

Beliau berkata antara ciri utama kawasan itu ialah laluan pejalan kaki pinggir laut 500 meter, sebuah amfiteater dan taman permainan yang besar untuk berkelah dan aktiviti air.

"Saya gembira untuk mengumumkan bahawa kami akan melabur RM40 juta bagi pembangunan taman ini," katanya.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top