Sponsored Links

Monday, May 05, 2014

Selepas Cina, Ridhuan Tee Hentam Melayu Pula

11:17

Selepas beberapa kenyataan panasnya tentang bangsa Cina, kini Ridhuan Tee memberikan pandangannya tentang bangsa Melayu yang terlalu baik terhadap kaum lain. Kenyataannya ini bukanlah untuk memupuk kebencian terhadap satu-satu kaum, tetapi satu perkara yang bangsa Melayu patut fikirkan.

Ridhuan Tee - 'Kenapa Melayu Begitu Baik?'
Ultra kiasu memang licik, dengan sengaja menggunakan isu ucapan Barack Obama dan temuduga biasiswa Mara untuk menekan kerajaan sedia ada dan orang Melayu, agar berbuat sesuatu untuk memenuhi kehendak mereka.

Apa yang pelik adalah, kita begitu cepat melatah tanpa usul periksa. Apa isu sebenarnya? Ingatan saya, kepada orang Melayu jangan mengaku salah tidak tentu pasal. Siasat dan buat penyelidikan dahulu, lepas itu, baharulah bincang apa yang benar, apa yang salah.

Ucapan Presiden Amerika itu mengenai kedudukan bukan Melayu sangat menyakitkan hati. Bukan Melayu dikatakan didiskriminasikan dan ditindas.

Tertanya-tanya saya, diskriminasi apa? Penindasan bagaimana yang telah dilakukan kerajaan?

Ultra kiasu dengan cepat menyahut, mahukan konsep yang diperjuangkan sejak penubuhannya, Malaysian Malaysia dipraktikkan segera, sama rata dan sama rasa. Ini bermakna, perlembagaan perlu dipinda.

Apa masalahnya, kenapa tidak dijawab secara akademik? Kenapa orang Melayu begitu baik?

Sistem pendidikan di negara ini, sudah lebih Cina dari negara China, seperti sekolah jenis kebangsaan dan universiti Cina berasaskan kaum.

Sekarang ini, di sana-sini, di setiap negeri, ada sahaja, bandar industri Malaysia-China diwujudkan. Siapa yang beruntung dalam soal ini?

Kita lihat NGO bukan Islam begitu ghairah bertanya soalan kepada Obama. Soalan dan pandangan mereka, tidak sedikit pun memuji negara yang didiaminya, sanak-saudara dan tempatnya mencari makan secara senang-lenang.

Pada saya mudah sahaja, jika di sini, bukan lagi syurga untuk dijadikan tempat tinggal, carilah tempat lain yang boleh menjanjikan syurga itu. Kenapa mereka tidak berbuat demikian? Jawapannya, mudah. Di sini sudah ada syurga. Kenapa mereka masih meminta dan mendesak? Mereka mahukan syurga yang lebih indah. Kita yang masih tak nampak.

Timbul pula cerita isu temuduga biasiswa Mara. Apa salahnya jika temuduga turut bertanya soalan pasal Islam? Dapat jawab, itu dikira kredit. Tidak dapat jawab, tiada masalah.

Bukan bermakna pelajar yang tidak dapat menjawab diketepikan. Kuota mereka tetap ada. Saya tidak kata tindakan penemuduga itu betul. Tetapi serangan mereka amat keterlaluan.

Kita begitu beria-ia untuk berkongsi kalimah ALLAH. Ini tidak termasuk kepercayaan kepada nabi-nabi Islam, Nabi Adam, Musa dan Isa. Kenapa dalam hal ini begitu beremosi? Apa yang tidak relevannya?

Kadangkala dalam temuduga, kita juga ditanya mengenai perbandingan agama yang berkaitan dengan agama lain. Semuanya itu adalah sejarah dan subjek moral. Pelajar Melayu tidak pernah bising pun.

Jika tidak dapat jawab, terus-terang sahaja, saya tidak tahu. Apa yang penting kita dapat. Adalah perkara biasa dalam temuduga jika kita tidak dapat menjawab.

Dahulu, ketika saya masih kecil, saya adalah anak pertama bukan Islam Malaysia yang belajar dan mengambil mata pelajaran agama Islam dalam peperiksaan. Ketika itu, saya beranggapan, tidak salah mempelajari ilmu Islam kerana ia bersifat universal.

Hari ini, saya merasai keuniversalannya. Saya memahami erti adil.

Adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika adil itu adalah Malaysian Malaysia, Malaysia ini sangat tidak adil. Diskriminasi sangat jauh bezanya. Rumah ibadat di negara ini sudah tidak nampak macam negara Islam, tetapi sudah jadi negara bukan Islam, dengan lambakan kuil, tokong dan gereja yang melebihi berbanding surau dan masjid.

Bahasa Melayu tidak lagi berdaulat. Bahasa asing lebih mengakar terutama bahasa Inggeris dan bahasa Cina. IPTS langsung tidak mempraktikkan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan, juga IPTA.

Ekonomi dan harta kekayaan negara ini rata-ratanya dibolot dan dikaut oleh bukan Islam. Orang Islam hanya pandai memberikan lesen dan menerima habuan daripada bukan Islam.

Di mana diskriminasi dan penindasan? Kenapa tidak dipertikaikan nasib bangsa Fijian di Fiji yang diperintah India dan orang Melayu yang diperintah Cina di Singapura? Adakah di situ ada sama rata dan sama rasa? Maju sangatkah negara-negara ini dengan konsep sama rata dan sama rasanya?

'Melayu Mudah Lupa', itulah ungkapan terkenal Tun M. Kini 'Kenapa Melayu Begitu Baik?'

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top