Sponsored Links

Wednesday, June 25, 2014

Gaji Lolanopita RM1,500-Di mana silapnya?

14:02

Mengikuti kisah sedih remaja OKU berkenaan, semakin banyak isu yang terungkai. Terkini, menurut sumber, Lola bekerja di Brahim's Airline Catering sejak 10 tahun lalu dan berpendapatan antara RM1500 hingga ke RM2000 termasuk elaun.

Tidak tahu mana silapnya, remaja OKU tersebut terbiar berseorang dengan pakaian yang lusuh dan hidup bersama najis dan sampah.
Google Image
Semenjak isu tersebut timbul, satu persatu persoalan timbul. Lola dan suami telah berpisah 14 tahun yang lalu dan bapa kepada adik Muhammad Firdaus Dullah sudah meninggal dunia pada tahun 2012.

Ibunya, Lolanopita sudah pun berkahwin dengan lelaki lain berusia 40-an di Thailand pada tahun 2006. Status perkahwinannya di Thailand itu kini disiasat. Difahamkan Lola adalah isteri kedua. Hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak yang kini berusia 7 tahun.

Seperti apa yang telah kami tulis di awal entri, Lola berpendapatan antara RM1500 - RM2000 sebulan termasuk elaun. Ia sepatutnya dianggap cukup untuk menampung kehidupannya serta menyara anaknya yang berstatus OKU.

Berdasarkan kenyataan Lola sebelum ini, dia amat tertekan dengan kesempitan hidup. Malah agak berang apabila ramai yang menyalahkannya kerana tidak pandai menjaga anak.

Lola juga mendakwa tidak pernah mendaftar anaknya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkan anaknya untuk bekerja.

Jadi dimana silapnya? Adakah kita memilih untuk menjadi seperti Wardina dan 'keyboard warriors' yang menyalahkan semua pihak terutama pihak kerajaan tanpa usul periksa? Adakah kita perlu membudayakan 'jaga tepi kain orang' untuk membantu jiran-jiran yang mengalami kesusahan? Memang mudah untuk kita menuding jari, namun agak payah untuk membantu tuan empunya diri-20 sen

- Masih pelik dengan orang yang pandai melayari Facebook gagal untuk melayari website JKM

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top