Sponsored Links

Wednesday, June 18, 2014

Rosalinda di tahan di Gua Musang

21:58

GUA MUSANG – Rosalinda, penyanyi dikir barat wanita tersohor di Kelantan dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, di sini, semalam, selepas mengaku salah memakai pakaian menjolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam, Mei lalu.

Google Image:Hiasan
Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

Beliau tidak membenarkan tertuduh membuat persembahan dengan berpakaian tidak sopan, bertentangan dengan hukum syarak.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Ramlee Abd Rahman. Rosalinda membayar denda tersebut dan berjanji tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Rosalinda Dikir
Kepada yang tidak mengenali siapa tu Rosalinda, jom layan video dikir beliau kat bawah.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top