Sponsored Links

Monday, June 16, 2014

[TERKINI] Michael Schumacher Discharged

21:03

Masih ingatkah anda dengan kes Juara pelumba F1 ini? Michael Schumacher terlantar di Hospital Grenoble, Perancis setelah mengalami kemalangan ketika bermain ski.

Michael Schumacher di dalam keadaan koma semenjak 29 Disember tahun lalu kerana mengalami kecederaan kepala yang teruk.

Michael yang berusia 45 tahun itu akan menjalani proses pemulihan di sebuah lokasi yang tidak akan didedahkan.

Untuk rekod, M. Schumacher tidak pernah mengalami kecederaan seumpama ini semasa karier. THE AP mencatatkan bahawa kecederaan yang paling serius adalah patah kaki yang dialami dalam kemalangan 1999. Pada tahun 2009 pula M. Schumacher "menderita kecederaan leher dan tulang belakang yang serius selepas kemalangan motosikal" di Sepanyol.

Semenjak koma di Hospital Grenoble, seluruh peminat sukan F1 tidak putus-putus datang melawat selain memberi semangat kepada keluarga beliau.Teruskan semangat juangmu Michael!!!

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top