Sponsored Links

Friday, June 13, 2014

Update Terkini kes Nora Teoh:Bukan beragama Islam

11:53

Mendiang Nora Teoh akhirnya diputuskan bukan beragama islam dan akan di kebumikan dengan cara Budha.

Keputusan tersebut diputuskan oleh Mahkamah Syariah Georgetown semalam dan menyatakan yang mendiang bukan beragama islam sewaktu meninggal dunia. Hakim juga mengarahkan mayat mendiang di serahkan kepada ahli keluarga Teoh untuk diuruskan.




Hakim Zaim Md Yudin, dalam penghakimannya memutuskan yang terdapat keraguan dalam keterangan saksi yang dipanggil selain mendapati mendiang juga mengamalkan cara hidup Buddha. Keputusan tersebut juga berdasarkan keterangan teman rapat mendian dan anak sulung beliau.

Pihak Majlis Agama Negeri Pulau Pinang juga gagal membuktikan yang mendiang sempurna beragama islam bedasarkan tarikh di dalam borang yang meragukan.

"Pertama, tarikh di dalam buku daftar ialah 10 November 1997, tarikh di muka surat pertama borang permohonan untuk masuk Islam ialah 6 Disember 1997 dan tarikh akuan pihak si mati menandatangani borang ialah 16 Disember 1997.

"Plaintif tidak dapat memberi alasan yang konkrit mengenai perkara ini. Mahkamah juga mendapati tarikh 10 November 1997 adalah selepas 10 hari si mati melahirkan anak sulungnya.

"Jadi agak pelik si mati yang baru bersalin hadir ke JHEAIPP untuk mendaftar masuk Islam," katanya.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top