Sponsored Links

Wednesday, July 02, 2014

[Breaking News] Bukan Rania - Felixia Yeap

13:00

Baru-baru ini, Feixia Yeap telah mengumumkan yang beliau akan memeluk agama Islam pada 5 Ramadhan ini. Namun isu yang sedang hangat di dalam dunia blogger kini adalah beliau telah mengumumkan nama islam beliau yang diperoleh dari mimpi iaitu Rania.

Bagaimanapun model dan personaliti media, Felixia Yeap menafikan dakwaan bahawa dia telah mengumumkan nama Islamnya.

Menurutnya, dia hanya mendedahkan nama akhir yang bakal dipilihnya iaitu “Rania” melalui sebuah program televisyen tempatan baru-baru ini.

“Saya tahu kalian semua tidak sabar menunggu nama Islam saya diumumkan.

“Sepertimana yang dijanjikan, saya sendiri akan mengumumkan nama Islam saya selepas saya mengucap syahadah nanti dan bila waktunya telah tiba, iaitu pada atau selepas 3 Julai (5 Ramadan),” jelasnya

Dalam pada itu, Felixia juga sempat membidas khabar angin yang menyebarkan spekulasi berkenaan dengan pemilihan nama Islamnya.

“Buat masa sekarang, saya menyeru agar anda semua jangan percaya pada mana-mana sumber media yang sengaja membuat cerita tentang nama saya bagi melariskan atau mempopularkan berita mereka.

 “Bulan Ramadan ni, nak mengaut untung dan jual berita pun buatlah dengan halal,” katanya lagi.

Tu dia Felixia Yeap sudah 'sound' bogger-blogger semua. 

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top